Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP telah secara terbuka mahu berunding dengan parti-parti dalam kerajaan untuk penyelesaian isu perkauman, ekonomi dan berbagai-bagai isu yang berkaitan dengan negara dan keselamatannya.
Umno pernah mencadangkan untuk berbincang dengan PAS, tetapi yang menyambutnya adalah Anwar. Saya pernah menulis komen semasa itu dan menganggap unjuran Anwar itu sebagai “yang lain yang digeletek, yang lain pula yang terasa gelinya”.
Selama ini kerana kelembutan Melayu dan kesabaran mereka itulah yang telah menjadikan bangsa-bangsa yang hidup di negara ini berada di dalam keadaan aman damai dan boleh berniaga dengan baik dan aman. Hanya keadaan itu sudah mula merudum dan itulah yang perlu diperbaiki sekarang ini tanpa menunjukkan atau mempamerkan ego dan kehebatan masing-masing.
Apa pun perundingan tidak akan membawa kemana-mana jika di antara kaum Melayu dalam PAS dan Umno itu belum dapat di selesaikan. Ini merupakan perkara yang amat “real” dan jangan abaikan isu Melayu sesama Melayu ini dahulu, sebelum apa-apa rundingan yang lebih besar diadakan.
Oleh Aspan Alias
Sumber: The Malaysian Insider
Jarumemas: Jangan pulak lain yang digeletek lain yang geli.
No comments:
Post a Comment