Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam dan percubaan pihak tertentu untuk memperkenalkan penggunaannya di semenanjung dalam Bible berbahasa Melayu adalah bagi memuaskan agenda tersendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata sehari selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengatakan semalam Kabinet kekal dengan penyelesaian 10 perkara, perkataan Arab tersebut tidak pernah digunakan oleh penganut Kristian sebelum kedatangan Islam 1,400 tahun dahulu.
"Ia tidak pernah digunakan dalam Bible, tidak kira dalam bahasa apa sekali pun," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini.
Lagi....www.themalaysianinsider.com
Jarumemas: Depa ni sengaja cari fasal dengan umat Islam, sengaja jolok sarangb tebuan. Nanti bila disengat mulalah salahkan umat Islam yang bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan.
No comments:
Post a Comment