Friday, 24 January 2014

Abim desak batalkan debat kalimah Allah

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini mendesak akhbar Sinar Harian membatalkan wacana perdebatan isu kalimah Allah yang akan berlangsung pada Isnin ini kerana pertikaian isu masih belum didengar di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata wacana Sinar siri ke-26 yang menggunakan pendekatan perdebatan itu tidak akan dapat menyelesaikan polemik kalimah Allah kerana isu tersebut seharusnya dibincangkan oleh kumpulan ilmuan yang sentiasa berlapang dada dan mengambil pendekatan bersederhana.
“Abim menyerahkan surat kepada Sinar Harian untuk menyarankan agar penganjuran debat tersebut dibatalkan.
“Kami menilai perdebatan yang melibatkan dua tokoh politik tidak akan memberi sebarang jalan penyelesaian bahkan bertambah buruk apabila isu yang bersifat teologi akan diheret kepada perkara yang lebih sensitif melibatkan perundangan dan institusi raja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jarumemas: Eloklah dihentikan isu ini menjadi lebih gawat. Kita sesama Islam perlu mematahkan secara tuntas isu ini agar Islam tidak mudah diperkotakatikkan oleh pihak-pihak yang anti-Islam. 

No comments:

Post a Comment