Thursday, 16 January 2014

Pusat GiatMara boleh beroperasi jika patuhi syarat

Pusat GiatMara Selayang perlu memperbaiki struktur bangunannya dalam masa setahun dan boleh beroperasi seperti biasa sekiranya mempunyai dana mencukupi untuk operasi pusat itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sekiranya Pusat GiatMara itu tidak mahu meneruskan operasi, mereka boleh mengosongkan premis dan kerajaan negeri akan memberi peluang kepada syarikat lain bagi mewujudkan pusat latihan industri penerbangan.
“Banyak bangunan kita dapati didirikan atas tanah kerajaan, salah satunya ialah GiatMara ini yang sepatutnya dibina sebagai dewan orang ramai tetapi akhirnya dijadikan bengkel untuk pusat latihan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Bangunan SUK, di sini sebagaimana dilaporkan Selangorkini.

Jarumemas: Perbaiki dan perkemaskanlah abngunan ini sebaik mungkin agar anak-anak Melayu masih dapat belajar di situ. 

No comments:

Post a Comment