Thursday, 16 January 2014

Berfikir positif mercu kejayaan – Wenger Khairy

Wenger Khairy menulis  gelagat segelintir blogger yang kononnya pro kerajaan yang telah memberi isyarat kepada masyarakat umum untuk terus menghina PM. perbuatan mencerca ataupun menjatuhkan imej PM menyalahi undang-undang negara, khususnya Akta Hasutan 1948, dimana Artikel 3A jelas melarang sesiapa untuk melakukan apa jua pekara yang bakal menyebabkan orang merasa meluat terhadap kerajaan ataupun baginda Sultan. 

Penulis berpendapat mereka yang kini begitu bersemangat untuk menghentam PM tidak berbeza dengan puak-puak lain yang didakwa tidak menghormati perlembagaan negara. Kedua-dua golongan tersebut merupakan golongan yang tidak menghormati undang-undang.

Dari kita sengaja mengumpat dan memokokan mereka yang melontarkan idea yang berlainan, kita sebenarnya harus menilai segala idea dari segi baik buruknya dan membuat ketetapan sewajarnya.
Inilah sedikit sahaja daripada cara praktikal yang boleh dijadikan iltizam kepada rakyat menghadapi isu kenaikkan kos hidup. Berilah peluang kepada PM bersama pembantunya mengstruktur semula ekonomi dan perbelanjaan negara supaya ia berada di landasan yang betul dan tepat. –  rembautimes.blogspot.com. 

Sumber: The Malaysian Insider.com
Jarumemas: Janganlah kita terikut-ikut rentak fahaman kiri yang tidak sudah-sudah untuk menimbulkan huru hara dalam negara. Berpijaklah di bumi nyata. Segala kekurangan dalam pentadbiran boleh dilakukan 'check and balance' agar kekurangan boleh diperbaiki dengan cara berhemah. 

No comments:

Post a Comment