Thursday, 16 January 2014

Pemimpin Kristian: Kami bersatu dalam penggunaan nama Allah

Di Gereja Mar Thoma Ara Damansara Ahad lepas, penceramah memberitahu yang hadir, bahawa isu Allah telah membawa pelbagai aliran dalam Kristian lebih dekat dan pertembungan sekarang bukan antara Katolik dan umat Islam sahaja tetapi keseluruhan penganut Kristian.
Pemimpin gereja daripada pelbagai aliran telah menolak cadangan bahawa perjuangan untuk menggunakan perkataan Allah adalah perjuangan sudi (crusade) gereja Katolik sahaja  tetapi mereka bersatu bahawa penganut Kristian yang bercakap Bahasa Malaysia perlu dibenarkan menggunakan perkataan itu dalam ibadat mereka.
Pemangku Setiausaha Agung National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Malaysia Eugene Yapp berkata, bertentangan cadangan kumpulan-kumpulan Islam dan penulis blog pro-kerajaan, ia adalah pendirian kolektif kepimpinan Kristian dalam pelbagai aliran untuk mengekalkan hak menggunakan perkataan itu.

Jarumemas: Nampaknya mereka semakin berani dan tidak lagi menghirau apa yang tercatat pada Perlembagaan Persekutuan. Perlukah umat Islam berjihad? 

No comments:

Post a Comment