Flash mob kangkung oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon telah menimbulkan kemarahan ahli Umno dan sekutu mereka, yang mengadakan perhimpunan di Seberang Jaya membantah perbuatan Lee yang didakwa biadap terhadap pemimpin tertinggi negara.
Sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan tersebut, yang diadakan di hadapan Sunway Carnival Mall.
Terdahulu, kumpulan itu berarak dari gelanggang futsal yang berhampiran, yang terletak 1km dari pusat membeli-belah, sambil melaungkan "Allahu Akbar " dan "Hidup Melayu".
Mereka juga membawa beberapa sepanduk yang menyifatkan perbuatan menghina PM macam menghina Melayu, ABCD - Asal Bukan Cina DAP dan DAP musuh Islam.
Sepanduk yang paling menarik berbunyi 'Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa? '
Lagi...www.malaysiakini.com
Jarumemas: Itulah sarang tebuan jangan dijolok nanti buruk padahnya. KEsabaran orang Melayu ada hadnya kalau dah diasak berkali-kali boleh hilang sabar dan buruk padahnya.
No comments:
Post a Comment