Monday, 20 January 2014

Mukhriz bimbang BN kalah kerana isu kos


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

"Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam Berita Minggu hari ini.


Jarumemas: Inilah yang dibimbangkan, tetapi malangnya kerajaan seolah-olah memandang sepi sahaja. 

No comments:

Post a Comment