Dalam reaksinya terhadap serangan peribadi terhadapnya berhubung flash mob kangkung Rabu lalu, ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon menjelaskan tindakan menjemput perdana menteri untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau berhubung isu tersebut:
Berkenaan dengan pelbagai serangan peribadi terhadap saya oleh pemimpin Umno/BN sejurus selepas dengan flash mob “I LOVE Kangkung” yang telah diadakan pada jam 6.30 petang, 15 Januari 2014 (Rabu), saya ingin menegaskan bahawa tindakan menjemput Perdana Menteri untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa.
Saya tidak faham kenapa Umno/BN dan penyokong mereka menyamakan tindakan tersebut sebagai suatu tanda penghinaan. Sebenarnya tindakan kreatif tersebut mempunyai simbolik yang menuntut Perdana Menteri supaya boleh berprihatin terhadap beban kehidupan rakyat jelata yang semakin berat akibat daripada harga barang naik.
Kenyataan kangkung yang dibuat oleh Perdana Menteri telah menunjukkan bahawa kerajaan Persekutuan seolah-olah bersikap lari daripada tanggungjawab mengawal harga barangan. Dengan itu, seluruh sosial media internet serta media massa telah penuh dengan pelbagai komedi dan sindiran yang berasaskan kangkung untuk menyindir Perdana Menteri.
Lagi...www.malaysiakini.com
Jarumemas: Bergurau ada hadnya, apatah lagi kalau ia melibatkan pemimpin utama negara. Tindakan menyumbat sayur kangkung ke mulut replika PM, adalah bersifat kurang ajar dan biadap namanya.
No comments:
Post a Comment