KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti bulan depan.
Dengan slogan kempen "Unite! Restore the Lost Dignity" (Bersatu, pulihkan Maruah yang Hilang) Ong yakin beliau masih dapat memberi sumbangan dan bantuan bagi membina semula parti itu.
Ong berkata beliau mendapat "respons optimistik" daripada anggota akar umbi berhubung keputusannya itu.
Bercakap pada sidang akhbar di sini Isnin, beliau berkata: "Saya umum kesediaan saya dan tawarkan diri untuk tanding jawatan presiden MCA pada pemilihan parti 21 Dis ini.
"Selepas (MCA) mengalami kekalahan pada pilihan raya umum ke-13 lalu, saya rasa terpanggil untuk memikul tanggungjawab bersama ke arah usaha untuk bangkitkan parti dan tebus maruah parti di mata rakyat." Ong memohon sokongan para perwakilan parti.
Sumber: BERNAMA
Jarumemas: Hanya jauhari yang megenali manikam. Pemimpin yang baik dan bermaruah akan sentiasa disanjung dan dihargai.
No comments:
Post a Comment