IPOH, 25 nov (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim kini cuba mengalih perhatian umum setelah terperangkap dengan pembohongannya mengenai 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke negara ini untuk mengundi dalam pilihan raya umum lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata Ketua Pembangkang itu mahu mencari jalan keluar dengan menafikan perkara tersebut serta menyalahkan orang lain selepas rakyat mengetahui tentang pembohongannya.
"Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mendapat rakaman, bahan-bahan ucapan, maklumat daripada media siber yang memuat turun semua yang dibuat Ketua Pembangkang.
"Janganlah apabila telah terdesak ke dinding menyalahkan kononnya ia dibangkitkan oleh pihak yang lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini Isnin.
Lagi....www.bernama.com
Jarumemas: Manusia lidah bercabang sentiasa memutarbelitkan kenyataannya.
No comments:
Post a Comment