KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Groupon, portal pembelian dalam talian, mengumumkan kajian terkininya menunjukkan 73 peratus pengguna Malaysia membelanjakan purata RM241 bagi hadiah musim perayaan.
Responden membelanjakan 23 peratus daripada belanjawan membeli belah musim cuti mereka melalui alat peranti, lebih tinggi daripada warga Singapura (22 peratus), Indonesia (22 peratus) dan Hong Kong (20 peratus), demikian menurut syarikat itu dalam satu kenyataan Isnin.
Kajian berkenaan yang dijalankan di 12 pasaran di Asia Pasifik, menunjukkan 73 peratus daripada warga Malaysia mendapati dapat kekal dalam bajet mereka dan menemui hadiah pada harga yang munasabah sebagai perkara utama bagi musim membeli belah.
Menurut Groupon, 74 peratus daripada responden membeli di Groupon untuk menjimatkan wang manakala 65 peratus untuk menjimatkan masa dan 10 produk paling popular adalah restoran, percutian, pakaian dan kasut, produk kecantikan, elektronik peribadi, hiburan, rawatan spa, mainan, buku serta muzik dan barang kemas.
Sumber: BERNAMA
Jarumemas: Rakyat MAlaysia semakin kaya, Alhamdulillah. Negara kita yang aman dan damai membuatkan ekonomi negara berkembang dengan sihat dan sewajarnya kita memelihara keamanan yang ada. Jika ada pihak-pihak yang mahu menghuruharakan negara ini elok saja kita nyahkan mereka dari negara ini secara tuntas.
No comments:
Post a Comment