Thursday, 28 November 2013

Singapura perlu berterus terang - Azmi Hassan

Sejak dua bulan lalu terdapat desas-desus yang menuding Bahagian Keselamatan dan Perisikan (SID) Kementerian Pertahanan Singapura membantu beberapa agensi perisikan seperti Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) United Kingdom dan Direktorat Isyarat Pertahanan (DSD) Australia mendapatkan maklumat risikan beberapa negara Asia Pasifik termasuk Malaysia.
Khabar angin tersebut yang didedahkan oleh beberapa akhbar antarabangsa bersandarkan kepada dokumen rahsia yang dibocorkan oleh Edward Snowden yang pernah bekerja dengan NSA.
Tetapi beberapa hari lalu desas-desus tersebut bagaikan disahkan kesahihannya apabila kumpulan akhbar Australia iaitu Faifax Media yang memetik daripada sumber akhbar Belanda NRC Handelsblad mendedahkan SID Singapura melalui syarikat telekomunikasi SingTel menceroboh saluran komunikasi kabel gentian optik dasar laut SEA-ME-WE-3.
Perlu ditegaskan SEA-ME-WE-3 adalah saluran komunikasi terpanjang di dunia yang menghubungkan rantau Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah Barat dan rakyat Malaysia adalah antara pengguna saluran ini sama ada untuk berkomunikasi melalui telefon atau internet. SingTel pula yang dimiliki oleh kerajaan Singapura merupakan pengendali saluran kabel ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Singapura perlu mengemukakan bukti dan maklumat yang jelas sekiranya tidak terlibat dalam aktiviti pengintipan terhadap Malaysia.
“Jika Singapura kata mereka tidak terlibat, maka kena kemuka bukti dan maklumat yang jelas kepada kita bahawa itu (dakwaan) tidak benar," tegas Muhyiddin.

Jarumemas: Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. 

No comments:

Post a Comment