Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kejayaan dan kemajuan yang dilakar negara pada masa kini adalah hasil sikap toleransi yang diamalkan rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan 56 tahun yang lalu.
"Kita seharusnya bersyukur kerana Malaysia telah mencipta banyak kemajuan dan kejayaan walaupun hidup pelbagai kaum. Kita tidak mungkin jadi negara maju jika kita tidak hormat satu sama lain.
"Berbeza di sesetengah negara, rakyatnya bergaduh sesama sendiri, tidak hormat adat resam dan kaum di negara mereka sehingga menimbulkan keadaan tidak stabil dan tidak tenteram menyebabkan kejayaan sukar dicapai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Deepavali Parlimen Pagoh di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN), Pagoh di sini hari ini.
Lagi...www.bernama.com
Jarumemas: Perpaduan, perasaan muhibah, berkerjasama dan memahami satu sama lain adalah kunci kepada keharmonian negara. Sewajarnya kita menolak segala salah faham sesama sendiri, menolak fahaman politik yang cuba merosakkan keharmonian kita semua. Rakyat perlu buka mata dan peka dan bergerak mempertahankan keharmonian dan keamanan negara.
No comments:
Post a Comment