Thursday, 28 November 2013

PAC minta Kastam beri penjelasan rampasan kereta mewah

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memaklumkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk melihat jumlah luar biasa penjualan kereta mewah di pulau bebas cukai Labuan dan Langkawi selepas rampasan beberapa kereta mewah berikutan tidak membayar duti dan cukai, baru-baru ini.
The Malaysian Insider difahamkan, jabatan tersebut sudah mengesan kenderaan mewah beberapa pemimpin korporat dan pegawai tertinggi kerajaan yang kini berhutang duti tidak berbayar dengan nilai jutaan ringgit.
Sesetengah kenderaan mewah dibawa ke tanah besar menggunakan nombor pendaftaran Gagasan 1 Malaysia atau G1M untuk menyembunyikan fakta ia dibeli di pulau bebas cukai itu yang hanya boleh dibawa keluar selama tiga bulan.
“Kastam sudah diarahkan untuk melihat jika terdapat sindiket atau orang besar ini melarikan diri daripada cukai dengan membeli kereta bebas cukai, tetapi menggunakannya di luar,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Jarumemas: Orang korporat yang kaya raya pun perangai semacam. Ikan bilis juga yang ditangkap. Kalau dalam hidup tidak ada  sifat  amanah dan bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan, maka kehalalan rezeki yang dibawa balik ke dalam rumah masih diragui. 

No comments:

Post a Comment