SHAH ALAM, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor perlu memberi alasan kukuh berhubung kenaikan gaji kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa 1 Jan depan kerana jumlah kemasukan pelaburan di negeri itu merosot bagi tujuh bulan pertama tahun ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kaedah dan pengiraan kenaikan yang dilihat mendadak perlu diperjelaskan malah kerajaan negeri tadbiran Pakatan Rakyat (PR) itu tidak sesuai menggunakan formula 75 peratus kenaikan kadar gaji seperti dilakukan Sarawak.
Noh berkata kerajaan negeri Sarawak bebas menaikkan kadar gaji mereka kerana menurut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) bagi Januari hingga Julai tahun ini, Sarawak berada di tangga kedua tertinggi kemasukan pelabur berbanding Selangor, di tangga kelima.
"Bab gaji naik ni siapa tak sokong, tiada orang tak sokong kerana ia pemberi semangat kepada wakil rakyat untuk terus berbakti namun, kita kena ukur baju pada badan sendiri, gaji naik 100 peratus tetapi mengikut perangkaan Mida, Selangor merudum ke tangga kelima kemasukan pelabur dan saya difahamkan ini sejarah paling teruk.
"Saya mahu tunggu sehingga hujung tahun ini dan saya nak minta menteri besar bentangkan berapa pelaburan diterima Selangor... pelaburan merudum, gaji menteri besar naik kenapa sedangkan agenda PR adalah demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Lagi...www.bernama.com
Jarumemas: Bukan rakyat didahulukan tetapi pemimpin.
No comments:
Post a Comment