Friday, 29 November 2013

Kenaikan gaji MB, exco, ADUN S'gor tidak wajar


Kenaikan gaji baru untuk menteri besar, exco dan ADUN di Selangor yang diumumkan Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menimbulkan kritikan pelbagai pihak termasuk mantan menteri besar Tan Sri Abu Hassan Omar.

Mereka menyifatkan keputusan kenaikan tersebut adalah tidak wajar dan perlu mengutamakan kepentingan rakyat, laporan Berita Harian hari ini.

Dalam laporan itu menyebut, Abu Hassan tidak melihat rasional DUN Selangor meluluskan kenaikan gaji itu kerana kerajaan Pakatan belum mampu mengagihkan kekayaan ke seluruh negara, masih ada kawasan belum dimajukan sepenuhnya dan ramai rakyat masih menderita.

"Sebarang kenaikan gaji dan elaun perlu ada kewajarannya. Ketika saya mentadbir Selangor saya tidak pernah menaikan gaji dan elaun Menteri Besar, exco dan ADUN. 

"Kita perlu fikirkan rakyat terlebih dulu," katanya seperti yang dilaporkan akhbar itu.


Jarumemas: Kajilah semula kenaikan ini kerana ia benar-benar  memeranjatkan rakyat. 

No comments:

Post a Comment