Friday, 29 November 2013

Kenaikan Gaji MB, Adun Selangor Terlalu Tinggi - Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang diumumkan semalam terlalu tinggi dan perlu dikenal pasti keperluannya.

Beliau meminta satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti keperluan kenaikan itu kerana menurutnya kenaikan itu bukanlah desakan daripada mana-mana pihak.

"Kita tidak menolak kenaikan tersebut, cuma kenaikan itu terlalu tinggi," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Kenaikan gaji dan elaun bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Adun negeri Selangor itu akan berkuatkuasa 1 Jan depan.

Berdasarkan struktur gaji dan elaun yang diluluskan itu gaji menteri besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun RM6,000 kepada RM11,250.

Pindaan gaji kali terakhir dilakukan pada 2011.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata kerajaan negeri perlu tampil memberi penjelasan rasional mengenai kenaikan itu.

Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: MB Selangor adalah bekas orang korporat yang mendapat gaji puluhan ribu ringgit setiap bulan. Menjadi MB dngan gaji yang belasan ribu ringgit sahaja, sudah pasti tidak memuaskan hatinya. 

No comments:

Post a Comment