KUALA LUMPUR, 6 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 17
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pemerhati pada pilihan raya umum
ke-13, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata lima NGO adalah dari Semenanjung, sembilan dari
Sarawak manakala tiga lagi dari Sabah dan masing-masing sudah melantik
sukarelawan seramai kira-kira 1,000 orang yang bakal bertugas di pusat
pengundian.
“Mereka semua terdiri dari pelbagai latar belakang. Mereka akan
diberi pas khas yang mempunyai nombor kod tertentu sebagai pengenalan
diri mereka,” katanya ketika diwawancara dalam rancangan Hello Malaysia
terbitan Bernama TV malam tadi.
Wan Ahmad berkata hanya sukarelawan dari NGO diiktiraf SPR sahaja
boleh memasuki pusat pengundian yang ditentukan dan mereka perlu
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
NGO lain pula hanya dibenar memerhati dari jauh dan berada di luar
pusat pengundian dan beliau berharap mereka mematuhi undang-undang serta
tidak menimbulkan masalah di tempat mengundi. — Bernama
Jarumemas: Pembangkang akan kata tak setuju dgn pilihan SPR, mereka nak pemerhati yang sokong mereka...percayalah.
No comments:
Post a Comment