KUALA LUMPUR, 8 April — Peguam yang mewakili Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kes saman fitnah
yang difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), mengemukakan
permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu.
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor memberitahu pemberita bahawa pihaknya
membuat permohonan penarikan itu pada Jumaat lepas. Tiada alasan
diberikan mengenai keputusannya itu.
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin
Md Said yang mendengar prosiding di dalam kamar hari ini menetapkan 18
Jun untuk pengurusan kes.
Jarumemas: Maka akan meraunglah mereka yang ingin melihat Felda berkubur...
No comments:
Post a Comment