Monday, 8 April 2013

PAS Selangor dakwa kain rentang dan palsu dinaikkan untuk melagakan Pakatan

SHAH ALAM, 8 April — Kain rentang dan risalah-risalah palsu bertujuan untuk melagakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dipasang dan diedarkan hampir ke seluruh negeri Selangor, dakwa PAS negeri hari ini.

Timbalan Yang Dipertua PAS Selangor, Khalid Samad dalam satu sidang media di pejabatnya di sini berkata kain rentang dan risalah mula dikesan sejak minggu lepas, malah petugas PAS juga berjaya menangkap sekumpulan empat pemuda memasang dan mengedarkan risalah di Semenyih.

“PAS Selangor telah mengesan ada pihak tertentu yang kami syaki Umno telah membuat kerja jahat apabila memasang kain rentang dan risalah bertujuan untuk melaga-lagakan parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

“Petugas kami juga telah berjaya menangkap empat pemuda yang sedang memasang kain rentang dan membawa mereka ke balai polis Semenyih,” kata Khalid.

Dalam sidang media tersebut juga, Khalid mendedahkan kain rentang yang dipasang yang antaranya mengatakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon perdana menteri manakala satu lagi banner dengan gambar Penasihat DAP Lim Kit Siang adalah sebagai calon perdana menteri.

 Sumber: Malaysia Insider

Jarumemas: Macam perangai budak-budak bergaduh....

No comments:

Post a Comment