KUALA LUMPUR, 22 Feb — Pemimpin PAS telah mempersoalkan pencalonan
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan
Rakyat (PR) berjaya memenangi kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya
2013, dengan satu sumber mengesahkan mereka telah menawarkan kepada
pemimpin Umno Tengku Razaleigh Hamzah jawatan tertinggi tersebut.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider
persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan
PKR pada Ahad selepas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu
parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan
tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.
“Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk
meminta jawatan perdana menteri,” kata satu sumber PR yang tidak mahu
dinamakan kepada The Malaysian Insider.
Jarumemas: Sudah terang lagi bersuluh akan perangai Anwar, baru nak tengadah bila dah terhantuk...
No comments:
Post a Comment