KUALA LUMPUR, 21 Feb – Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan
berlaku pada minggu kedua April, sebulan selepas Datuk Seri Najib Razak
tamat jelajah “Janji Ditepati” dan Barisan Nasional (BN) selesai
menyiapkan senarai calon dan manifesto, kata satu sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, perhentian terakhir
jelajah perdana menteri adalah kawasan parlimennya Pekan pada 16 Mac
dimana beliau dijangka akan bertemu dengan Yang Di Pertuan Agong selepas
itu untuk membubarkan parlimen.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kebiasaannya menetapkan tarikh
pilihan raya tiga minggu selepas parlimen dibubarkan, jadi kami jangka
paling awal adalah pertengahan April,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.
Terdapat spekulasi parlimen akan dibubarkan minggu ini dan PRU akan
diadakan pada akhir Mac, lebih lima tahun selepas PRU terdahulu pada 8
Mac, 2008.
Akan tetapi sumber BN menafikan spekulasi tersebut, mengatakan
satu-satunya acara berkaitan pilihan raya minggu ini adalah SPR akan
mengazetkan daftar pemilih terbaru esok.
Jarumemas: Masih menunggu pengumuman PM.
No comments:
Post a Comment