Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenyataan Menteri
Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat
dan amat keterlaluan.
Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.
"Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.
"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji... janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di Kuching hari ini.
Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Jarumemas: Tak tau apa nak jadi Tok Guru ni! Kan lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah!!
No comments:
Post a Comment