SHAH ALAM, 30 Jan — Selangor bercadang untuk mengambil alih
perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14
hari.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata, kenyataan timbalan perdana menteri selaku Pengerusi
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air di Sabak Bernam menyatakan Putrajaya
tidak menghalang kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air
menyebabkan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut.
“Kita sudah menulis surat kepada Pusat untuk membayar berapa
harganya, sekiranya ada perbezaan harga, kita akan bawa ke timbang tara
antarabangsa.
Jika timbang tara memutuskan Selangor perlu membayar lebih, kita akan
bayar,” kata Abdul Khalid dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul
Aziz Shah hari ini.
Jarumemas: Sedangkan masalah sampah pun masih belum terurus dengan sempurna, inikan pula masalah air...
No comments:
Post a Comment