Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul
kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang
menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja, kata bekas
Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Menurutnya,
semua pihak harus menghormati peruntukan undang-undang tersebut dan
tidak mempersoal mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.
Tegasnya Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, justeru semua pihak termasuk bukan Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.
"Perlembagaan dengan jelas menyatakan Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan secara aman damai, namun apa yang berlaku sekarang ada pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah untuk bukan Islam.
"Ini bermakna bukan Islam tidak mengamalkan agama mereka secara aman damai dan ini boleh mencetuskan perbalahan...kita juga tidak tahu apa motif mereka (pihak yang menuntut penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat draf asas Memorandum kepada Majlis Raja-Raja berhubung Isu Memepertahankan Kesucian Nama Allah di ibunegara hari ni.

Jarumemas: Tunggu apa pulak komen Anwar....
No comments:
Post a Comment