SHAH ALAM, 30 Jan — Kerajaan negeri Selangor akan
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Chap Goh Meh,
jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan
Parlimen.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri
bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan
Rakyat (PR) berkenaan perkara ini.
“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan
Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis
pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih
awal, iaitu selepas Chap Goh Meh,” kata Khalid dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
Jarumemas: Hanya Sultan yang berhak membubarkan DUN.
No comments:
Post a Comment