KUALA LUMPUR, 14 Jan — PKR merancang untuk mendapatkan 250,000 undi dari
kem tentera dan berek polis seluruh negara yang selalunya mengundi
untuk Barisan Nasional (BN), melihat kepada demografi sebagai kunci
kemungkinan untuk menang dalam pilihan raya 2013.
Pakatan Rakyat (PR) berharap dapat menggunakan isu terkini unit
beruniform tersebut untuk “mendidik” pihak tentera mengenai perkara yang
memberi impak kepada mereka, seperti perjanjian kontroversi kerajaan
mengenai ketenteraan dan yang terbaru, apabila dana Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) digunakan untuk membeli syarikat penjual
permaidani Deepak Jaikishan.
“Isu
yang kini melibatkan Deepak dan LTAT, saya percaya ia harus disuarakan
dengan lantang supaya tentera dapat memahami apa yang kerajaan buat
dengan wang mereka,” kata ketua strategi pilihan raya PKR Mohamed Azmin
Ali kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara.
Beliau berkata, tidak mustahil untuk PKR melancarkan kempennya ke
balai polis, kem tentera laut atau mana-mana kem, tetapi menjelaskan
akhirnya parti tersebut mempunyai beberapa ahli dari pegawai tentera
dari pelbagai pangkat.
Jarumemas: Desperado!!!
No comments:
Post a Comment