DAP menjangka Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh selepas sambutan
Tahun Baru Cina dan selepas penggal DUN Negeri Sembilan berakhir pada 27
Mac.
MP DAP Liew Chin Tong dalam tulisannya di Facebook menjangka, pembubaran itu akan berlaku di antara 25 Februari dan 27 Mac.
"25 Februari kerana 24 Februari adalah hari terakhir Tahun Baru Cina. Parti komponen BN alami kesukaran ketika Parlimen dibubarkan pada hari ketujuh Tahun Baru Cina, iaitu 13 Februari 2008. Najib cenderung untuk mengelakkan perkara itu.
"Ada juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa hari membuang undi di luar (tempoh) cuti sekolah di akhir Mac untuk mengelakkan penduduk bandar pulang ke kampung untuk mengundi," katanya dalam tulisan itu.
Jangkaan Liew mungkin tidak jauh tersasar memandangkan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada minggu lalu turut menimbulkan mengenai tarikh pembubaran berkenaan.
Jarumemas: Buang undi di mana ya?
No comments:
Post a Comment