KUALA LUMPUR, 13 Jan —Polis hari ini membuka kertas siasatan
berhubung pelanggaran tiga syarat perhimpunan yang berlangsung di
Stadium Merdeka, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis akan
menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
serta memanggil beberapa individu.
Melalui rakaman CCTV, polis ada bukti penganjur melanggar syarat yang ditetapkan, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15
tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta
peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang. Syarat terbabit adalah
antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis, mengikut Seksyen 15 (1)
Akta Perhimpunan Aman 2012. Mengulas lanjut, Zainuddin berkata rakaman
CCTV antara lain menunjukkan ada ibu bapa membawa anak-anak kecil ke
perhimpunan itu yang dianggar polis disertai 45,000 orang.
Sementara itu, pemilik stadium, Merdeka Heritage Trust ketika
dihubungi Bernama, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan
berhubung keadaan stadium selepas perhimpuan semalam tidak lama lagi.
Merdeka Heritage Trust merupakan anak syarikat Permodalan Nasional
Berhad. — Bernama
Jarumemas: Kesal kanak-kanak dijadikan perisai demi nafsu amarah!!!
No comments:
Post a Comment