Tuesday, 12 June 2012

Bila tarikh Parlimen akan dibubar? — Sivamurugan Pandian

12 JUN — Sejak tahun lalu, teka-teki tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) sering kedengaran dan desus-desus tarikh keramat merayakan demokrasi ini semakin hari semakin rancak menjadi bualan. Malahan, ada yang pernah menamakan 2011 sebagai tahun pilihan raya walaupun saya pernah menulis bahawa 2011 adalah tahun persediaan pilihan raya dan “pelaksanaan manifesto — Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” untuk berhadapan dengan slogan “Ubah Sekarang dan Selamatkan Malaysia” barisan pembangkang. Saya juga pernah menulis bahawa “Dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) mereka tidak lagi boleh menyalahkan pengundi hantu atau memilih untuk melihat kelemahan lawan semata-mata. Kekuatan pembangkang sendiri akan menjadi asas ukuran. Barisan Nasional (BN) juga perlu mencari kekuatan.” Cabaran besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah untuk memobilisasi sokongan bertunjangkan kekuatan BN supaya mandat pilihan raya dapat digunakan untuk meletakkan landasan perjalanan beliau dalam meneruskan transformasi tanah air. Menjejaki separuh kedua 2012, spekulasi tahun 2011 masih berterusan. Jika 11 November 2011 dikatakan menjadi pilihan awal; kemudiannya ia berubah kepada 9 Jun 2012 dengan tarikh spesifik untuk penamaan calon pada 26 Mei. Spekulasi itu menjadi-jadi walaupun Najib berangkat ke luar negara pada pertengahan Mei 2012. Tarikh yang diramal juga tidak ada sensitiviti ke atas Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong serta perayaan Pesta Keamatan dan Hari Gawai; meraikan perayaan kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak. Kini, ada yang mencongak sama ada sebelum bermulanya Ramadan, 21 Julai ataupun selepas masyarakat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jika sebelum, maka Najib, selaku Pengerusi BN dikatakan akan membuat keputusan selepas Perhimpunan Raksasa BN dan membolehkan PRU diadakan pada 7 atau 8 Julai. Baca terus.... Jarumemas: Sementara menunggu tarikhnya, pak-pak menteri janganlah membuat kenyataan-kenyataan yang menyukarkan PM utk mengumumkan tarikhnya.

No comments:

Post a Comment