Tuesday, 12 June 2012
Pengakuan Berkanun Murad Bongkar Wajah Sebenar Anwar
ENYATAAN Datuk Mustafar Ali, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai status siasatan pemilikan 20 akaun induk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 kali terakhir berada di tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam penyemakan adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Ia adalah kenyataan wajar daripada SPRM kerana rakyat ingin tahu mengenai statusnya. Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikenali seorang mempunyai integriti dengan latar belakang lulusan Sekolah Izzuddin Shahnya dan kini amat aktif dengan kerja-kerja amal Islami.
Hal ini berbangkit kerana Anwar tidak memberi respons terhadap dakwaan Murad itu. Kalau dakwaan itu tidak benar, Anwar harus menafikannya atau lebih baik lagi menyamannya kerana ia isu besar dan menyentuh integriti seseorang.
Murad bukan orang politik, kenyataannya adalah profesional dan perlu didekati isu ini secara profesional. Jangan ambil mudah mengatakan bahawa beliau diupah lalu dilontarkan kepada UMNO atau konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Anwar. Orang sudah lali dengan hujah ini. Hujah itu sudah tidak berkesan lagi.
Murad tahu akibatnya kalau ia berdusta. Padahnya amat buruk. Oleh itu menjadi tanggungjawab profesional PDRM, BNM dan SPRM supaya ketelusan mengambil tempat dan yang melakukan jenayah ini patut dihukum.
Sumber: Blog AIDC Reformasi Pemikiran Rakyat.
Jarumemas: Terlalu banyak dusta dan fitnah, menunjukkan dunia di ambang akhir zaman. Marilah sama-sama kita bertaubat dan beriman kepadaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment