Tuesday, 12 June 2012
PAS Samakan Nabi Muhammad Dengan Komunis, Asalkan Mat Sabu Terlepas Dakwaan Mahkamah!
Sebelum ini heboh diseluruh negara dengan pengiktirafan Mat Sabu bahawa komunis yang membunuh anggota polis adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Mat Sabu juga menghalalkan darah anggota polis yang beragama Islam yang terkorban di Bukit Kepong dibunuh oleh 200 orang Komunis yang tidak mempunyai agama dan tidak percaya wujudnya tuhan.
Ini yang menjadi perjuangan PAS sejak isu komunis menjadi hangat diseluruh negara,menghalalkan darah anggota polis Bukit Kepong dan angkat 200 orang komunis yang tidak beragama sebagai pejuang kemerdekaan.
Dalam usaha mempertahankan Mat Sabu pelbagai dalil dakyah disebarkan, hinggakan perjuangan parti komunis juga diangkat sebagai satu perjuangan setaraf pejuang kemerdekaan. Menyamakan Chin Peng yang dikenali sebagai The Butcher Of Malaya sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan.
Inilah dipanggil sebagai khawarij,mereka akan menghalalkan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai. Darah rakyat berbilang bangsa yang diperlakukan dengan zalim dan kejam dihalalkan oleh khawarij PAS dan pakatan.
Nah,kelmarin seluruh blog haprak pakatan termasuk portal tipu sana sini Malaysiakini perbesarkan seolah Mat Sabu difitnah oleh pihak akhbar semasa perbicaraan berlangsung berikutan seorang saksi membuat laporan hanya bersandarkan kepada laporan akhbar.
Bagaikan satu keputusan mahkamah,seolah Mat Sabu memperolehi satu kemenangan kononnya pihak akhbar telah membuat fitnah terhadap beliau.
Yang dimainkan oleh blog dan media haprak pakatan hanya bersandarkan kepada laporan akhbar.
Sumber: Blg pisau.net
Jarumemas: Sebagai sebuah parti yang dimonopoli oleh orang Islam, Pas sewajarnya bermuhasabah secara telus akan kewibawaan parti itu yang kini semakin tercemar dengan beberapa kenyataan yang boleh menjatuhkan parti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment