PUTRAJAYA, 12 Dis — Sekumpulan hampir 300 orang peserta
“Himpunan Duduk Bantah” yang menuntut kad pengenalan biru dan hak
kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia berhimpun di Jabatan Pendaftaran
Negara(JPN), Putrajaya pagi ini.
Sebelum bermula perarakan ke JPN, beberapa pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya adalah masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan merah.
Penganjur perhimpunan Naib Presiden PKR N Surendran dalam ucapannya sebelum berarak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menipu semasa ucapannya pada perhimpunan agung MIC lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu lalu yang mengatakan hanya 9 ribu orang sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN.
“Najib kata 9,000, beliau menipu!
“Sebenarnya ia lebih daripada angka itu, ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara,” kata Surendran.
Berita lanjut....
Jarumemas: Buktikan kalau benar sampai mencecah 300 ribu ramainya kaum India tanpa pengenalan diri.
No comments:
Post a Comment