Sekumpulan kira-kira 500 orang berhimpun di Putrajaya pagi ini dan
berarak ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu
taraf kerakyatan ekoran dan dokumen pengenalan diri.
Kumpulan berkenaan yang tiba sejak jam 10 pagi berarak daripada kawasan berhampiran Istana Kehakiman ke ibu pejabat JPN.
Ramai
di antara mereka membawa poster berbentuk MyKad merah dengan gambar
perdana menteri dan menteri dalam negeri, bagi menyatakan dakwaan yang
menyalahkan kerajaan dalam usaha mereka mendapatkan taraf kerakyatan.
Naib
presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R
Sivarasa menyampaikan ucapan sebelum perarakan dimulakan.
Setibanya
di bangunan berkenaan pada kira-kira jam 11.15 pagi, sebahagian
daripada peserta berkenaan kemudiannya bergeser dengan kumpulan anggota
polis yang mengawal premis tersebut.
Kumpulan peserta berkenaan
memenuhi ruang sempit di pintu masuk JPN dan sebahagian lagi yang tidak
sabar berkeras untuk memasuki bangunan tersebut.
Pintu berkenaan bagaimanapun ditutup dan dikawal rapi oleh anggota polis yang membentuk dua barisan.
Dua
naib presiden PKR, N Surendran dan Chua Jui Meng dilihat mengadakan
rundingan dengan seorang pegawai polis bagi membenarkan peserta memasuki
bangunan tersebut.
Polis kemudiannya membenarkan 10 orang wakil
untuk bertemu ketua pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said namun sekumpulan
peserta masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan
melaungkan "Buka pintu" serta "Reformasi".
Sebahagian daripada
peserta berkenaan kemudian mula menolak peserta lain yang berada di
bahagian hadapan dan cuba melepasi kawalan polis.
Kumpulan berkenaan kemudiannya berjaya ditenteramkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Sumber: Malaysiakini
Jarumemas: Kenapa baru baru sekarang isu kerakyatan ini diambil peduli oleh Surendran?
No comments:
Post a Comment