NIBONG TEBAL, 12 Dis — Barisan Nasional (BN) yakin
untuk memenangi semula Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dari Pakatan
Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang kerana prestasi kerajaan
negeri tersebut tidak memberangsangkan, kata Naib Presiden Gerakan, A.
Kohilan Pillay.
“Prestasi PR mengecewakan orang ramai di tiga negeri tersebut, jadi BN mempunyai harapan cerah untuk memenangi semula negeri-negeri tersebut,” katanya lagi.
Kohilan, yang juga pengerusi Gerakan peringkat negeri Selangor berkata parti tersebut juga yakin untuk menakluk semula empat kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan satu parlimen di Selangor.
Empat kerusi Dun tersebut iadalah Bukit Gasing, Bukit Lanjan, Teratai dan Kota Alam Shah, sementara kerusi Parlimen adalah di Puchong.
Beliau berkata sepanjang beberapa tahun ini, PR gagal menangani beberapa isu seperti masalah penduduk setinggan di Selangor dan Pulau Pinang.
“Sepanjang empat tahun, tidak banyak rancangan untuk membina rumah kos rendah dan tidak banyak program untuk menyelesaikan masalah penduduk setinggan mendapatkan rumah,” katanya dalam sidang media hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas: Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang perlu sedar akan kesilapan yang telah mereka buat pada PRU 2008 lalu. Kalau kata nak buat uji kaji, dah pun dibuat dan jawapannya semua tahu bahawa pembangkang tidak mampu untuk membawa sebarang kebaikan kepada mereka sebaliknya kita tidak lagi sehaluan walaupun sesama bangsa dan agama.
No comments:
Post a Comment