Monday, 1 October 2012
Penganalisis: Fokus bajet kepada pengundi muda, luar bandar belum tentu menguntungkan BN dalam PRU 13
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempertaruhkan apabila menyampaikan Bajet 2013 mesra belia dan luar bandar untuk meningkatkan sokongan pilihan raya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi penganalisis berkata inisiatif jangka pendek tidak cukup untuk mendapatkan sokongan popular pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bajet RM256.1 bilion yang dibentangkan pada hari Jumaat lalu, telah digambarkan sebagai “bajet pilihan raya” oleh pentadbiran Najib yang sudah bersedia untuk melawan dengan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang.
Pengarah eksekutif pengumpul suara bebas Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, mengatakan Bajet ini mensasarkan dua kumpulan utama — penduduk luar bandar dan berpendapatan rendah, dan pengundi muda yang bakal mengundi pertama kali.
“Yang pertama, adalah pengundi luar bandar dan berpendapatan rendah yang biasanya sumber sokongan kuat terhadap BN,” katanya, sambil menambah bahawa Bajet ini mungkin mengakibatkan gabungan BN terus mendapat sokongan kuat daripada kumpulan ini.
Beliau berkata Bajet ini mungkin mempunyai impak lebih besar kepada pengundi berpendapatan rendah, oleh kerana “banyak isi rumah akan ketinggalan” dalam pemberian kerajaan, memetik Selangor sebagai contoh, di mana purata pendapatan isi rumah adalah lebih daripada RM4000.
Pusingan kedua pemberian RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, manakala skim itu kini juga akan memberi RM250 kepada orang bujang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000.
Beliau berkata bagi pengundi muda, faktor “jurang luar bandar-bandar” masih akan membuat perbezaan.
Berita lanjut....
Jarumemas: Kerajaan tak dapat memenuhi semua kehendak rakyat. Yang bergaji besar tak dapat apa yang BR1M, tapi anak-anak sekolah akan dapat bantuan RM100, yang di IPT dapat baucer buku RM250, anak yang masih menganggur dan belajar di IPT pun dapat bantuan BR1M, jadi apa lagi nak?? Kata pepatah Inggeris "You gain some you lose some".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment