Monday, 1 October 2012
DAP tidak setuju PKR senaraikan nama dalam ‘kabinet bayangan’
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Tindakan menyenaraikan nama pemimpin PKR dalam “kabinet bayangan” menerima kritikan timbalan pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menyifatkan langkah tersebut sebagai khayalan kerana parlimen belum dibubarkan tetapi sudah meletak calon dalam kementerian tertentu.
Tan dipetik dari Sinar Harian Online hari ini berkata tindakan itu sebagai langkah salah dan tidak sepatutnya dilakukan kerana fokus sebenar ialah kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
“Tetapi pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,” kata Dr Tan.
Dua hari lalu, akhbar tersebut mengeluarkan laporan seramai 20 pemimpin PKR akan dilantik di kabinet jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menakluk Putrajaya dalam PRU nanti.
Dalam maklum balas kepada The Malaysian Insider, Dr Tan mengesahkan berkata perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat PR dan menegaskan keputusan muktamad hanya boleh dibuat selepas menang PRU.
Berita lanjut....
Jarumemas: Terlalu yakin akan menang...mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment