Monday, 1 October 2012

Anwar angkuh, tak bertolak ansur - Tsu Koon

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai individu yang angkuh dan tidak boleh bertolak ansur sejak berada dalam kerajaan lagi. Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, terdapat peristiwa semasa beliau masih merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendedahkan sikap negatif Anwar tersebut yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri. Katanya, peristiwa pada 1997 itu berhubung isu kekosongan jawatan Pengarah Pendidikan Negeri di Pulau Pinang. "Pengarahnya bersara dan timbalan pengarah ketika itu sepatutnya mengisi kekosongan tersebut, tetapi kerajaan Pusat bertindak memilih calon yang lebih muda dengan alasan timbalan pengarah tersebut akan bersara dalam tempoh setahun setengah. Saya berpendapat ia tidak adil. "Kebetulan ketika itu Anwar berada di Pulau Pinang dan saya berjumpa dengan beliau untuk berbincang mengenai isu tersebut. Bagaimanapun Anwar menegaskan saya tidak perlu campur tangan dan biar kerajaan Pusat menentukannya, saya diarah melaksanakan tugas sebagai Ketua Menteri sahaja," katanya. Beliau berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan di sini hari ini. Persidangan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Tsu Koon, berikutan sikap angkuh Anwar tersebut beliau merujuk pula kepada Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya berbincang dengannya, beliau akui ia tidak adil dan berjanji akan mengkajinya. Janji beliau ditunaikan kerana dalam masa empat hari sahaja timbalan pengarah tersebut dilantik ke jawatan pengarah. "Selepas mengetahui perkara itu, Anwar menghubungi saya dan menegur tindakan membawa perkara tersebut kepada Najib. Beliau memarahi saya dan menghempas telefon di akhir percakapan, ini membuktikan sikap angkuh Anwar, tidak seperti Najib yang lebih bertolak ansur serta menepati janji," jelasnya. Sementara itu, pada sidang akhbar selepas ucapannya, Tsu Koon memberitahu, tidak timbul isu dalaman berikutan tindakan sayap Pemuda parti tersebut tidak menghantar wakil untuk sesi perbahasan kerana nama yang dihantar ditolak Speaker. "Kami demokratik, apa yang disuarakan Ketua Pemuda, Lim Si Pin dianggap suara orang muda. "Orang muda ini mereka vokal dan agresif, kami faham situasinya kerana pucuk pimpinan sedia ada termasuk saya juga berasal daripada sayap Pemuda, tidak timbul isu wujud krisis dalaman," ujarnya. -utusan Jarumemas: Semua orang dah tahu!!!

No comments:

Post a Comment