Monday, 10 September 2012

Polisi ketat Singapura beri kesukaran kepada rakyat Sabah dan S’wak

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Kerajaan Republik Singapura telah mengambil langkah yang dianggap menghukum ekoran polisi menaikkan syarat umur dari 18 tahun kepada 35 bagi rakyat pribumi Malaysia di Sabah dan Sarawak yang berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan disana. Menurut laporan di laman The Star hari ini, perubahan polisi tersebut berpunca ekoran kes jenayah dan pergaduhan kebelakangan ini yang melibatkan rakyat pribumi Sabah dan Sarawak di republik tersebut. Insiden ini termasuklah melibatkan kes pembunuhan di sekitar kawasan Ang Mo Kio Avenue, Kallang, dan juga Geylang. Meskpun tiada pekeliling rasmi dikeluarkan oleh Singapura berhubung perkara itu, Presiden Gagasan Dayak Iban Bersatu Malaysia (GAIU) Sai Malaka menegaskan bahawa permohonan oleh rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak di bawah keperluan syarat umur telah ditolak dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab. "Saya merasakan bahawa langkah ini sangat melampau dan langkah diskriminasi terhadap rakyat prbumi Sabah dan Sarawak," kata Sai yang dipetik dalam laporan itu. "Nasib baik kerajaan [Malaysia] membangunkan saluran minyak dan gas di Pengerang dekat sini. Projek itu kini menyediakan kerja kosong yang amat diperlukan bagi pekerja-pekerja yang sedang menganggur." Namun, pihak Singapura menafikan langkah tersebut mensasarkan rakyat Malaysia di timur, tetapi bertujuan untuk mengurangkan pertumbuhan tenaga kerja asing yang semakin tidak menentu. "Kami akan terus meluluskan atau memperbaharui pas pekerja dari Sabah dan Sarawak sekiranya mereka layak dan sesuaibekerja di Singapura," kata wakil Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura yang dipetik dalam akhbar itu. Peningkatan tenaga kerja asing menjadi isu yang diperkatakan dalam kempen pilihanraya umum Singapura menurut Pesuruhanjaya Tinggi Malaysia disana, dan mungkin ia adalah antara faktor peraturan tersebut diperketatkan baru-baru ini. Dasar baru tersebut juga berkemungkinan akan memberi kesukaran kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak yang melanggar undang-undang disana untuk mendapatkan pekerjaan buruh tidak mahir di republik kepulauan tersebut. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Selesa bekerja di negara sendiri walaupun gajinya kecil.

No comments:

Post a Comment