Monday, 10 September 2012

Paralimpik ‘membawa inspirasi kepada generasi baru’

LONDON, 9 Sept — Kejohanan Paralimpik bukan sahaja memberi inspirasi kepada atlet muda untuk menjadi atlet Paralimpik di masa depan tetapi juga inspirasi kepada yang lain, kata pengerusi Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik London Sebastian Coe. “Sukan Paralimpik mencipta rekod baru setiap hari, rekod sukan, rekod penonton, penonton televisyen dan semangat yang tidak luntur,” katanya semasa berucap di upacara penutup kejohanan pada Ahad. “Dalam negara ini, kami tidak pernah anggap sukan cara yang sama dan kami juga tidak anggap kurang upaya dengan cara yang sama. Atlet Paralimpik mengangkat keterbatasan,” tambahnya. Coe berkata sukan Paralimpik dan Olimpik sebelum ini merupakan sejarah pencapaian dan usaha manusia yang memberi inspirasi kepada setiap orang yang terlibat. Sementara itu Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Sir Philip Craven berkata London menjadi hos Sukan Paralimpik terbaik. Namun beliau berkata selepas kejohanan, cabaran menunggu dalam mengekalkan minat selain meningkat penyertaan. “Kita perlu menumpu perhatian bagi mendapatkan setiap negara melakukan lebih banyak sukan Paralimpik,” katanya. — Bernama Jarumemas: Apakah ada ganjaran bagi mereka ini seperti Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela? Mereka juga mengharumkan nama negara?

No comments:

Post a Comment