Friday, 14 September 2012
Kiai bukti pihak luar mahukan negara bergolak
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kenyataan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Maina Kiai yang mendakwa Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA) gagal memenuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa disifatkan sebagai suara pihak luar yang mahu melihat negara ini bergolak.
Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, ia satu kenyataan berat sebelah dan tidak memahami negara ini yang dihuni pelbagai kaum dan penganut agama.
Undang-undang di Malaysia hanya bersesuaian dengan keadaan di negara ini. Ia tidak akan sesuai di Kenya, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan negara-negara lain. Bahkan, dengan negara jiran seperti Singapura juga tidak boleh diguna pakai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Kiai bahawa akta berkenaan gagal memenuhi piawaian hak asasi antarabangsa kerana kebebasan untuk berhimpun di jalanan adalah penting bagi rakyat untuk menyuarakan rungutan mereka mengenai ekonomi, sosial dan budaya.
Sumber: Utusan Online
Jarumemas: Dulu kita dijajah secara fizikal, kini minda kita dijajah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment