Friday, 14 September 2012

Kelantan sepatutnya sudah maju jika bersama BN - Muhyiddin

KOTA BAHARU 14 Sept - Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, hakikat bahawa Kelantan masih belum mencapai tahap kemajuan itu bukan sesuatu yang direka sebaliknya ia berdasarkan kepada penilaian pakar-pakar berkelayakan dalam bidang masing-masing. "Sudah 22 tahun berlalu tetapi kemajuan itu masih belum tercapai. Ini realiti sebenarnya walaupun negara sudah mencapai negara maju dan menjadi contoh kepada negara luar. "Tidak cukupkah 22 tahun ini? Apakah mahu menderita lagi? Ada enam bulan lagi tempoh untuk diadakan pilihan raya. Buatlah perubahan. BN nak beri ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Baharu dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Mesra Aidilfitri di sini hari ini. - BERNAMA Sumber: Utusan Online Jarumemas: Maju rakyat maju negara.

No comments:

Post a Comment