Friday, 14 September 2012

Kesal khatib sampai khutbah berbaur politik

PADANG SERAI 13 Sept. - Seorang khatib jemputan di sini didakwa bukan sahaja menyampaikan khutbah Jumaat berbaur politik malah turut menyatakan 'Nabi Muhammad SAW menyebut Anwar Ibrahim akan memerintah Malaysia'. Dalam khutbah yang dibaca di sebuah masjid minggu lalu itu, khatib tersebut mendakwa Nabi Muhammad menyatakan demikian dalam satu mimpi yang dialami oleh mursyidul dan ulama Ikhwanul Muslimin dari Mesir baru-baru ini. Bimbang kejadian itu berulang, satu laporan polis telah dibuat oleh beberapa kariah Masjid Jamek An-Najjah di Balai Polis Padang Serai di sini hari ini. Jurucakap kariah terbabit, Mohd. Taridi Darus, 52, berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat selain pada masa sama turut menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengambil tindakan sewajarnya terhadap khatib berusia 29 tahun tersebut. Sumber: Utusan Online Jarumemas: Dunia akhir zaman, Islam dihina, ramai yang dibunuh beramai-ramai, yang benar dituduh salah, yang salah dikatakan benar dan disanjung.

No comments:

Post a Comment