Monday, 3 September 2012
Jangan biarkan mereka terlepas! — Zulkiflee Bakar
3 SEPT — Paparan gambar seorang wanita dan seorang gadis memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta aksi memualkan sekumpulan remaja ketika demonstrasi Bersih pada 30 Ogos lalu yang dipaparkan oleh Mingguan Malaysia telah mendapat perhatian ramai.
Penulis sendiri menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mempersoalkan apakah perbuatan biadab berkenaan akan dibiarkan begitu sahaja.
Mereka mahu kerajaan bertindak kerana perbuatan itu sudah benar-benar tidak boleh dimaafkan.
Apa yang paling membimbangkan banyak pihak ialah keberanian sekumpulan pemuda mengibarkan bendera merah putih yang menyerupai bendera Singapura dan Indonesia.
Mereka bertindak sedemikian bagi menolak Jalur Gemilang yang selama ini menjadi lambang kedaulatan dan maruah serta martabat rakyat dan negara ini.
Justeru persoalan yang bermain di fikiran kita ialah apakah perbuatan biadab dan melampaui batas ini akan dibiarkan begitu sahaja?
Berita selanjutnya...
Jarumemas: Si biadap dan kurang ajar ini memang patut dibuang negeri!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment