Thursday, 30 August 2012
Nur Jazlan: 50% calon BN dicadang pemimpin muda
BN dicadang supaya menyenaraikan 50 peratus calon berusia 50 tahun ke bawah dalam usaha untuk menarik sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Anggota parlimen Pulai dan ketua Umno bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jika kaedah itu digunakan, ia diyakini akan memberikan kemenangan besar kepada BN pada PRU-13 sekaligus menyediakan calon muda untuk menghadapi PRU-14.
"Pengundi mahu melihat perubahan nyata dalam BN dan Umno bukannya sekadar retorik. Mereka hanya akan percaya jika parti menampilkan calon muda bukan memilih semula calon orang lama dan kemudian baru menjanjikan perubahan.
"Jika pucuk pimpinan parti menetapkan sasaran untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga itu, apa yang BN dan Umno perlu lakukan?...Jawapannya, letakkan calon muda yang berkelayakan untuk meneruskan perkhidmatan yang kita lakukan sejak 55 tahun lalu," katanya di Johor Baharu hari ini.
Beliau berkata, dalam PRU 2008, pembangkang mengetengahkan hampir 70 peratus muka baharu dan 50 peratus adalah orang muda, sekaligus berjaya menidakkan majoriti dua pertiga BN.
Berita selanjutnya...
Jarumemas: Orang muda disayangi yang tua dihormati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment