Monday, 3 September 2012

Tukar bendera bukan agenda kami, kata pemimpin Pakatan

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menafikan mereka berniat mahu menukar bendera nasional dengan bendera alternatif dan menyelar Barisan Nasional (BN) kerana memutar belit fakta dan “menipu” untuk menghentam pembangkang memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. Lim Kit Siang: “Menukar bendera tidak pernah dibincangkan atau dibangkitkan.” — Foto fail Pakatan DAP-PKR-PAS mempertahankan diri berhubung tindakan dimalam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu apabila ada individu yang mengibarkan bendera yang dikatakan akan menggantikan Jalur Gemilang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam telah mengaitkan pakatan pembangkang dan menuduh mereka berniat untuk menukar simbol negara berkenaan sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya kelak. “Menukar bendera bukan agenda Pakatan Rakyat dan tidak pernah dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kepada The Malaysian Insider. Berita selanjutnya...

No comments:

Post a Comment