Monday, 24 September 2012

Jalur pemikiran Khalid Ibrahim

Beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bercakap dengannya serta membaca buku terkininya ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’, saya mendapat kesan bahawa sosok ini adalah paduan seorang intelektual, tokoh korporat dan pemimpin politik yang memberi harapan. Memang tepat pemilihan Pakatan Rakyat kepadanya untuk memimpin Selangor pada tahun 2008 setelah Pakatan Rakyat menawan Selangor bersama empat negeri yang lain dalam PRU Ke-12. Selangor negeri terkaya dan ternama di Malaysia yang dianggap ‘Permata Mahkota’ negara ini. Oleh itu kejayaan Pakatan Rakyat menawan Selangor adalah pukulan paling memedihkan bagi Umno/BN. Sejak itu Tan Sri Khalid antara tokoh menjadi fokas utama dunia politik justru ia diserahkan amanah memimpin Selangor. Buku terbaru Tan Sri Khalid yang saya baca itu mengandungi falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya, begaimana menyesuaikan diri sebagai pemimpin rakyat walaupun puluhan tahun berada di tengah pusat dunia korporat yang penuh glamour. Bagi saya buku ini sangat mengesankan, bagaimana seorang ‘Kampung Boy’ dari Ijok Selangor yang kehidupan awalnya dilatari kehidupan kampung, pohon kelapa, air sungai, rumah dan tradisi kampung serta kedua orang tuanya yang taat beragama. Dari desa itu Tan Sri Khalid tumbuh sebagai anak kampung hingga menjadi Menteri Besar Selangor. Berita lanjut... Jarumemas: Adakah akan terangkat doa dan ibadat kita sekiranya hubungan sesama manusia gagal dilaksanakan?

No comments:

Post a Comment