Monday, 24 September 2012

Amerika perlu diajar hormat agama, budaya kita

KUALA LUMPUR- Dua perkara perlu diajar pada Amerika Syarikat – pertama belajar menghormati agama lain dengan menjaga sensitiviti penganut agama tersebut, kedua, belajar memahami budaya dan asas protokol dalam negara ini. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ekoran tindakan tidak bertamadun Kedutaan Amerika yang mengutuskan Ketua Pengawal Keselamatan untuk menerima memorandum bantahan berhubung filem Innocence of Muslims semalam. “Tindakan mengutus ketua pengawal keselamatan Pejabat Kedutaan untuk menerima memorandum ribuan rakyat negara ini adalah sikap kurang ajar dan biadab. PAS melahirkan kekesalan di atas kebiadaban ini yang gagal memahami budaya dan adab setempat,” tegas Tuan Ibrahim. Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata oleh kerana sebab-sebab di atas, Amerika wajar belajar dan membuang ego yang ada. Semalam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan turut melahirkan rasal kesal terhadap apa yang disifatkannya layanan buruk oleh Kedutaan Amerika kerana tidak menghantar wakil kedutaan untuk menerima memorandum yang diserahkan oleh wakil dari PAS, PKR dan wakil badan bukan kerajaan. "Kita berharap memorandum itu akan sampai kepada wakil kedutaan," kata Nasrudin ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum kira-kira jam 2.45 petang. Katanya, kerajaan AS yang mengamalkan demokrasi sepatutnya mendengar luahan dan perasaan rakyat Malaysia hari ini. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata himpunan semalam sangat berjaya sehingga kedutaan terpaksa ditutup sebagaimana dimaklumkan. “Isu ini telah menyatukan seluruh dunia Islam tanpa mengira mazhab, fahaman politik dan sempadan geografi. PAS menggesa umat Islam mendalami sirah Rasulullah mengenali Baginda dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang dibawa Baginda,” katanya. “Bukanlah kecintaan itu dengan kamu hanya melaungkan cinta, namun kamu melakukan perkara yang dibenci Baginda," tambahnya. -Harakahdaily Jarumemas: Yahudi sampai kiamat pun tak akan menghormati agama Islam.

No comments:

Post a Comment