Tuesday, 25 September 2012

Rakan beri pinjam jet kerana tiada penerbangan komersial, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Sept — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan isu beliau menggunakan jet eksekutif ketika menghadiri sambutan Hari Malaysia di Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu adalah atas ikhsan rakannya ekoran ketiadaan penerbangan komersial pada petang itu bagi laluan Labuan ke Kota Kinabalu. Jelas Penasihat Ekonomi Selangor itu lagi, seorang rakannya telah menghubungi beliau dan menawarkan jet persendirian miliknya bagi kegunaan Anwar (gambar) dan rombongannya untuk berlepas ke Malaysia Timur itu bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di sana. “Petang itu tiada penerbangan komersial ... yang ada hanya bot laju, dan itu pun mengambil masa dua jam, namun keadaan pinggang saya yang tidak berapa baik. “Jadi seorang rakan menghubungi saya dan menawarkan untuk meminjamkan jet peribadinya,” katanya kepada pemberita dan menambah kos penerbangan itu turut dibiayai rakannya. Berita lanjut... Jarumemas: Arwah datuk cuma ada kereta lembu saja...

No comments:

Post a Comment